Review buku Selamat Tinggal Purnama (Strain I & II)
Ada selebriti terkenal yang mempunyai persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri. . . Namun aku tidak membuat konklusi. Aku cuba lihat mental illness dari sudut berbeza; bukan semata-mata depresi. . Buku: Selamat Tinggal Purnama (I & II) . . ⚠️|| Tiada spoiler. . Bagi aku, buku kali ni membawa kita menyelami perasaan artis terkenal. Bermula dari bawah sehingga dijulang-julang oleh selautan manusia. . . Namun mengapa akhirnya kesengsaraan yang perlu ditanggung oleh insan yang telah berjasa menghiburkan manusia. . . Bagaimana mungkin selebriti ini ditindas? Bukankah mereka ini disayangi ramai orang. . Takkanlah tiada langsung orang yang boleh dipercayai? Sahabat mana? Mana timbul musuh, sedangkan dah jadi baik terhadap semua orang. . Kalian akan dibawa ke masa depan dalam era baru, meninggalkan tahun 2020. Menjadi lebih menarik dengan kecanggihan teknologi zaman tersebut. . . Pengakhiran watak utama ini agak berbeza. Tid...