Posts

Showing posts from June, 2020

Medical Check Up Murah Cepat di Klinik Kesihatan

Image
Kali ni aku nak share sikit pasal pengalaman aku menjalani Medical Examination . Ujian ni korang akan buat biasanya untuk urusan nak masuk universiti atau nak kerja. Bergantung pada pihak pentadbiran atau syarikat yang korang nak masuk. Aku ambil masa seminggu untuk selesaikan urusan dokumen kesihatan ni. Klinik Kesihatan Kawasan 18 Jun, Khamis: Pergi ke Klinik Kesihatan yang paling hampir dengan kawasan tempat tinggal. Contoh, kalau kau kawasan Jitra, pergi ke Klinik Kesihatan Jitra. Usai catat nama dan check suhu, masuk pergi ke kaunter pendaftaran. ‘Assalamualaikum, saya nak buat medical checkup cik’ ‘Ouh, mari saya tengok borang’, kata staf kaunter.  Setelah membaca borang tu, perhatian dia beralih kat ruangan borang yang tulis “Urine morphine/heroine test”. “Adik, nak cepat ke result ni?”, tanya staf kaunter.  “Kalau boleh tu nak cepat dalam minggu ni”, jawab aku. Baiklah macam ni, ujian untuk morphine/heroin ...

Ahmad yang biasa juga berjaya!

Image
 Ahmad orang biasa, masa kecil dia tak kejar bakat, masuk sekolah rendah dia takde buat apps , buat antivirus ke, kadang-kadang tu sekolah pun tak datang. Masuk sekolah menengah, dia takde dapat pingat kebesaran, tamat sekolah pun macam biasa. Masuk alam pekerjaan. Dia takde start up projek, letak kopi Starbuck atas meja, buat vlog cerita impian nak travel seluruh dunia. Takde. Dia kerja jadi cikgu sekolah kebangsaan. Balik kerja pukul 2 petang habis sekolah, dia beli buah tembikai. Katanya sedap dimakan sejuk. Sampai satu tahap dia rasa nak kahwin, dia cerita kat kawan dia. Kawan dia kata, “kau ingat senang ke nak kahwin?” “Banyak persediaan nak kena buat, mesti ada rumah, perancangan honeymoon di pantai atas pelayaran cruise .” Ahmad hanya dengar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kemudian Ahmad, kahwin macam biasa, kenduri buat majlis makan, takde mewah-mewah kek bertingkat-tingkat. Dapat baby dukung...