Posts

Showing posts from 2020

Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)

Image
Karasuno High School Pada awal oktober 2020 ni, aku baru selesai menonton siri anime HAIKYUU Season1. Sebelum ni aku tak pernah tahu sangat pasal anime ni. Aku dapat tahu pasal cerita ni sebab ada sorang yang aku kenal asyik update status whatsapps pasal Haikyuu je. Lepas tu dia recommend kat aku untuk layan cerita ni,😁 dah busy as student. Sibuk nak layan anime lagi. Hahah.  Aku akan sedaya mungkin cuba untuk tidak memberikan spoiler kepada korang yang belum menonton Haikyuu ni.  Untuk season 1 ada 25 episod, setiap episod dalam 24 minit camtu.  Genre cerita ni, comedy, sport, drama, school, shounen. Aku tak expect nak suka cerita ni pada mulanya, ye lah sebab tema cerita ni pasal sport lebih tepat lagi pasal volleyball. Apa yang anime sport ni boleh bagi impact kepada penonton. Tambah pula dengan background pelajar high school.  Sinopsis, cerita ni bermula dengan satu watak di beri nama Hinata Shoyo (rambut jingga), satu hari masa dia mengayuh basikal dia berhenti...

Review buku Selamat Tinggal Purnama (Strain I & II)

Image
  Ada selebriti terkenal yang mempunyai persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri. . . Namun aku tidak membuat konklusi. Aku cuba lihat mental illness dari sudut berbeza; bukan semata-mata depresi.  . Buku: Selamat Tinggal Purnama (I & II) . . ⚠️|| Tiada spoiler. . Bagi aku, buku kali ni membawa kita menyelami perasaan artis terkenal. Bermula dari bawah sehingga dijulang-julang oleh selautan manusia. . . Namun mengapa akhirnya kesengsaraan yang perlu ditanggung oleh insan yang telah berjasa menghiburkan manusia. . . Bagaimana mungkin selebriti ini ditindas? Bukankah mereka ini disayangi ramai orang.  . Takkanlah tiada langsung orang yang boleh dipercayai? Sahabat mana? Mana timbul musuh, sedangkan dah jadi baik terhadap semua orang.  . Kalian akan dibawa ke masa depan dalam era baru, meninggalkan tahun 2020. Menjadi lebih menarik dengan kecanggihan teknologi zaman tersebut. . . Pengakhiran watak utama ini agak berbeza. Tid...

Review buku Signature Jalanan

Image
  Ni dah kali ke-3 aku ulang baca buku Signature Jalanan nih. Kali ni baru aku nak buat review 🤗. Watak utama dalam SJ terdiri daripada Ben, Joe, Oki, Zack, dan Alif.  Plot penceritaan dalam SJ ini, membawa kita ke zaman pelajar yg bakal menduduki SPM. Menyentuh mengenai kecekalan dalam menuntut ilmu, erti persahabatan yang saling membantu, menyelami punca masalah disiplin remaja.  SJ juga menekankan aspek dakwah yang terbina dengan 2 cara iaitu kelembutan dan kekerasan. Aku kagum dengan sikap persahabatan mereka yang berusaha menegur dan membantu demi melihat kawan mereka sama-sama berjaya. Lepas baca SJ ni, baru aku tahu serba sedikit pasal Pengakap Diraja. Memang  Juga yang melekat dalam otak aku, pasal BADAR. Badan Dakwah dan Rohani.  Korang nak tahu kisah BADAR? Kenapa Ben ni tak nak masuk kelab BADAR? Bukan tujuan kelab ni baik ke? Nak tahu korang kena baca😄. Bijak Teme memasukkan pengetahuan yang tak disangka dalam penceritaan beliau. Meman g highly rec...

Medical Check Up Murah Cepat di Klinik Kesihatan

Image
Kali ni aku nak share sikit pasal pengalaman aku menjalani Medical Examination . Ujian ni korang akan buat biasanya untuk urusan nak masuk universiti atau nak kerja. Bergantung pada pihak pentadbiran atau syarikat yang korang nak masuk. Aku ambil masa seminggu untuk selesaikan urusan dokumen kesihatan ni. Klinik Kesihatan Kawasan 18 Jun, Khamis: Pergi ke Klinik Kesihatan yang paling hampir dengan kawasan tempat tinggal. Contoh, kalau kau kawasan Jitra, pergi ke Klinik Kesihatan Jitra. Usai catat nama dan check suhu, masuk pergi ke kaunter pendaftaran. ‘Assalamualaikum, saya nak buat medical checkup cik’ ‘Ouh, mari saya tengok borang’, kata staf kaunter.  Setelah membaca borang tu, perhatian dia beralih kat ruangan borang yang tulis “Urine morphine/heroine test”. “Adik, nak cepat ke result ni?”, tanya staf kaunter.  “Kalau boleh tu nak cepat dalam minggu ni”, jawab aku. Baiklah macam ni, ujian untuk morphine/heroin ...

Ahmad yang biasa juga berjaya!

Image
 Ahmad orang biasa, masa kecil dia tak kejar bakat, masuk sekolah rendah dia takde buat apps , buat antivirus ke, kadang-kadang tu sekolah pun tak datang. Masuk sekolah menengah, dia takde dapat pingat kebesaran, tamat sekolah pun macam biasa. Masuk alam pekerjaan. Dia takde start up projek, letak kopi Starbuck atas meja, buat vlog cerita impian nak travel seluruh dunia. Takde. Dia kerja jadi cikgu sekolah kebangsaan. Balik kerja pukul 2 petang habis sekolah, dia beli buah tembikai. Katanya sedap dimakan sejuk. Sampai satu tahap dia rasa nak kahwin, dia cerita kat kawan dia. Kawan dia kata, “kau ingat senang ke nak kahwin?” “Banyak persediaan nak kena buat, mesti ada rumah, perancangan honeymoon di pantai atas pelayaran cruise .” Ahmad hanya dengar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kemudian Ahmad, kahwin macam biasa, kenduri buat majlis makan, takde mewah-mewah kek bertingkat-tingkat. Dapat baby dukung...