Medical Check Up Murah Cepat di Klinik Kesihatan



Kali ni aku nak share sikit pasal pengalaman aku menjalani Medical Examination. Ujian ni korang akan buat biasanya untuk urusan nak masuk universiti atau nak kerja. Bergantung pada pihak pentadbiran atau syarikat yang korang nak masuk.

Aku ambil masa seminggu untuk selesaikan urusan dokumen kesihatan ni.



Klinik Kesihatan Kawasan


18 Jun, Khamis: Pergi ke Klinik Kesihatan yang paling hampir dengan kawasan tempat tinggal.


Contoh, kalau kau kawasan Jitra, pergi ke Klinik Kesihatan Jitra. Usai catat nama dan check suhu, masuk pergi ke kaunter pendaftaran.


‘Assalamualaikum, saya nak buat medical checkup cik’

‘Ouh, mari saya tengok borang’, kata staf kaunter. 


Setelah membaca borang tu, perhatian dia beralih kat ruangan borang yang tulis “Urine morphine/heroine test”.


“Adik, nak cepat ke result ni?”, tanya staf kaunter. 

“Kalau boleh tu nak cepat dalam minggu ni”, jawab aku.


Baiklah macam ni, ujian untuk morphine/heroin test ni kalau kat sini memang lambat. Memang tak sempat seminggu. Kami cadangkan adik pergi buat kat BP Diagnostic Centre, result diorang cepat dalam 3 hari boleh dapat.

'Adik, pegi sana. cakap nak buat morphine test ni sahaja. Nanti dapat result tu, bawa datang semula ke sini (Klinik Kesihatan berhampiran', ujar staf kesihatan.

                                          



BP Diagnostic Centre

                                  
18 Jun, Khamis: Seperti yang dicadangkan, aku teruskan pergi buat morphine test kat BP Health Centre tu.


22 Jun, Isnin: Aku terima panggilan bahawa keputusan ujian morphine aku dah siap. Hasil nya non-reactive. Ingat aku ambik bahan terlarang ke? Ish ish. 


Pada hari yang sama aku terus ke Klinik Kesihatan dan bawa result morphine test tu. Terus petugas kat situ buat borang X-ray, yang perlu dijalankan di Klinik Kesihatan Utama (berada kat Bandar, fasiliti yang lengkap).


Klinik kesihatan kawasan akan buat apppointent, set masa dan tarikh dengan Klinik Kesihatan Utama.

“Appointment aku perlu jalani X-ray pada esoknya pukul 8 pagi.”




Klinik Kesihatan Utama (biasanya kat bandar)


23 Jun, Selasa: Aku jalani X-ray. Malu aku, nak kena buka baju. He..he dah juru X-ray perempuan. (ehem, malu).


Habis x-ray, dia bagi satu CD, bawa CD ni ke Klinik Kesihatan Kawasan semula. Sekarang dah tak pakai filem X-ray ya.


Tiba di klinik kesihatan kawasan, aku buat ujian mata, kemudian masuk jumpa doktor, serah CD kat doktor untuk dia check  result x-ray. Nak tengok peparu, tulang rusuk, etc.


Alhamdulillah semua ok. 


Doktor cop dan sahkan sihat walafiat. Baik doktornya lembut bicara, ayu pulak tu.


Jadi kos aku untuk medical Checkup ni RM 36.00 sahaja, sebab pergi BP health( tu.

Selesai sudah. Tak sampai pun seminggu. Hehe

TERIMA KASIH KLINIK KESIHATAN.

Comments

  1. boleh relate sgt yg part x-ray tu.. masa saya buat check-up dulu dapat pulak juru x-ray lelaki, adohai masa tu.. 😂

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)

Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama