Medical Check Up Murah Cepat di Klinik Kesihatan
Kali
ni aku nak share sikit pasal pengalaman aku menjalani Medical Examination. Ujian
ni korang akan buat biasanya untuk urusan nak masuk universiti atau nak kerja. Bergantung
pada pihak pentadbiran atau syarikat yang korang nak masuk.
Aku
ambil masa seminggu untuk selesaikan urusan dokumen kesihatan ni.
![]() |
Klinik Kesihatan Kawasan |
18
Jun, Khamis: Pergi ke Klinik Kesihatan yang paling hampir dengan kawasan tempat
tinggal.
Contoh, kalau kau kawasan Jitra, pergi ke Klinik Kesihatan Jitra.
Usai catat nama dan check suhu, masuk pergi ke kaunter pendaftaran.
‘Assalamualaikum, saya nak buat medical checkup
cik’
‘Ouh, mari saya tengok borang’, kata staf kaunter.
Setelah membaca borang tu, perhatian dia beralih kat
ruangan borang yang tulis “Urine morphine/heroine test”.
“Adik, nak cepat ke result ni?”, tanya staf kaunter.
“Kalau boleh tu nak cepat dalam minggu ni”, jawab
aku.
Baiklah macam ni, ujian untuk morphine/heroin test
ni kalau kat sini memang lambat. Memang tak sempat seminggu. Kami cadangkan
adik pergi buat kat BP Diagnostic Centre, result diorang cepat dalam 3 hari boleh
dapat.
'Adik, pegi sana. cakap nak buat morphine test
ni sahaja. Nanti dapat result tu, bawa datang semula ke sini (Klinik Kesihatan berhampiran', ujar staf kesihatan.
BP Diagnostic Centre |
18 Jun,
Khamis: Seperti yang dicadangkan, aku teruskan pergi buat morphine test kat BP Health
Centre tu.
22
Jun, Isnin: Aku terima panggilan bahawa keputusan ujian morphine aku dah siap.
Hasil nya non-reactive. Ingat aku ambik bahan terlarang ke? Ish ish.
Pada hari yang sama aku terus ke Klinik Kesihatan
dan bawa result morphine test tu. Terus petugas kat situ buat borang
X-ray, yang perlu dijalankan di Klinik Kesihatan Utama (berada kat Bandar,
fasiliti yang lengkap).
Klinik kesihatan kawasan akan buat apppointent,
set masa dan tarikh dengan Klinik Kesihatan Utama.
“Appointment aku perlu jalani X-ray pada esoknya pukul
8 pagi.”
Klinik Kesihatan Utama (biasanya kat bandar) |
23
Jun, Selasa: Aku jalani X-ray. Malu aku, nak kena buka baju. He..he dah juru
X-ray perempuan. (ehem, malu).
Habis x-ray, dia bagi satu CD, bawa CD ni ke Klinik
Kesihatan Kawasan semula. Sekarang dah tak pakai filem X-ray ya.
Tiba
di klinik kesihatan kawasan, aku buat ujian mata, kemudian masuk jumpa doktor,
serah CD kat doktor untuk dia check result x-ray. Nak tengok peparu, tulang rusuk, etc.
Alhamdulillah
semua ok.
Doktor
cop dan sahkan sihat walafiat. Baik doktornya lembut bicara, ayu pulak tu.
Jadi
kos aku untuk medical Checkup ni RM 36.00 sahaja, sebab pergi BP health( tu.
Selesai
sudah. Tak sampai pun seminggu. Hehe
TERIMA
KASIH KLINIK KESIHATAN.

boleh relate sgt yg part x-ray tu.. masa saya buat check-up dulu dapat pulak juru x-ray lelaki, adohai masa tu.. 😂
ReplyDelete