Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis
Salam kalian, kali ni review buku Empayar 2 pulak.
Buku ni merupakan sambungan kepada buku Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama.
Aku bagi sinopsis pendek kepada kalian ok. Aku
sebolehnya sedaya upaya mengelakkan diri daripada memberikan spoiler, kepada yang belum baca.
Pada permulaan
pembacaan buku ni, kalian bakal ditemukan dengan komuniti orang laut. Kaum ini
turut bernaung di bawah pemerintahan Aradhanapura. Orang laut mempunyai
pembesar yang dihormati.
Kemudian kita pergi pula ke Madrasah Taming Sari,
tempat latihan tu. Macam biasa kalian akan dikenalkan dengan nama pahlawan yg
nombor-nombor tu. Ada nak tunjuk bijak, tak nak terima pandangan orang
lain, dan berbagai isu jugak yang timbul.
Yang paling teruk insiden pencerobohan madrasah.
Madrasah telah ditawan oleh sekumpulan yang mengelarkan diri mereka pejuang
islam. So, pendirian pelatih kat sini mula goyah. Adakah kesultanan yg sedang
memerintah ni, tidak cukup islam.
Tidak sejahterakah negara ini dengan perintahan
Kesultanan Aradhanapura? Apa yang dimaksudkan sejahtera menurut Islam?
_____
Antara kata-kata menarik yang aku jumpa dlm ni adalah:
1. Pergilah mengembara semasa kau masih muda
bertenaga. Kau akan merasa sangat beruntung menjadi orang Melayu.
2. Mata manusia akan tertipu terlebih dahulu, sebelum
isinya dapat dicerna oleh akal fikiran.
Plot twist pada pengakhiran cerita agak memeranjatkan.
Kalian takkan dapat expect siapa dalang gunting dlm lipatan yang sangat
berbahaya.
Buku ni banyak memberikan pengetahuan serta membuka
minda mengenai cara kita menilai sesame insan. Kalian akan selalu diberikan
persoalan kemudian jawapan mengikut perspektif watak buku ni.
Oh ya, buku ni pun bukan penamat kepada siri Empayar.
Cerita dalam empayar 2, belum tamat semuanya. Azazil siapa kau?!!. So, aku
percaya, nanti akan datang EMPAYAR 3. Insya-Allah.
Aku doakan Teme ni diberikan idea lagi oleh Allah SWT.
Aku syukur sangat dpt baca buku tulisan beliau. Terima kasih ya-Allah.
Sayonara. Sumimasen.
Comments
Post a Comment