Review Buku PELUKIS JALANAN




Salam kalian semua, aku tahu buku Pelukis Jalanan ni dah lama, dah keluar masa tahun 2016 untuk cetakan pertama. Dah 4 tahun buku ni, kat tangan aku adalah cetakan ke-12 Januari 2019.



Aku pilih buku Teme untuk review permulaan dalam blog aku, aku anggap dia ni sebagai legend pada usia muda. Sebagai tanda respect aku kat Teme, aku akan review seikhlas hati aku. Chewahh.



Buku Pelukis Jalanan, mengisahkan pasal seorang pemuda yg dipanggil Teme. Teme ni bukan nama sebenar beliau. Selepas menamatkan SPM dia menyambung ke peringkat A-level.



A-level ni sebagai persediaan untuk menyambung pengajian di luar negara. Nak dijadikan cerita, si Teme ni tak cukup syarat untuk dapat scholar untuk sambung pengajian ke oversea.


______



Aku taknak spoil kalian untuk membelinya, you should feel it, while reading.Dalam buku ni ada kisah pahit getir bermula dari A-level hingga dah bertandang ke London. Beliau belajar bidang architecture.



Aku tersentuh part ayam goreng, sabotaj dan insiden semasa tuan rumah nampak Teme basah kuyup. Pada pendapat aku, buku ni ditulis dengan hati, bila kalian baca rasa seolah-olah Teme ni tengah bercakap dengan kita. Rasa dekat je.



Kesan buku ni kepada aku adalah , dia menunjukkan sebab kenapa kalian perlu meneruskan pengajian. Kadang kala kita sering mempersoalkan kenapa kita perlu belajar teori yang pelik-pelik dalam matematik dan sains? Buat apa nak tengok tindak balas kimia telur goreng yg berubah keadaan setelah panas.


Walhal apa yang kita kaji masa belajar teruk- teruk tu, sikit sangat yang terpakai secara langsung dalam kehidupan sebenar. Penah tak terfikir benda tu?



Maklumlah kita darah muda, cuba nak melawan arus umpanya hah. Pada hemat aku, buku ni wajar dibaca untuk golongan yang tengah nak sambung belajar. Tak kisahlah baru SPM, Matrik, Diploma ke Ijazah ke.



Serius membakar semangat kalian semula, aku cakap jujur la. Sebelum ni aku tak kenal pun Teme ni. Buku dia tak pernah terlintas untuk aku beli. Kat rak kedai aku buat “kelam” je.

Cantikka lukisan Teme ni?. 

Tapi sekarang aku suka sangat. Mulanya perancangan aku nak beli Pelukis Jalanan sahaja, tapi bila dah baca, terus aku beli semua siri jalanan. AJ, IJ, dan SJ.


Complete semuanya.



Terima kasih sudi baca

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)

Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama