Review Buku ARKITEK JALANAN





To be honest, aku bosan dah dengar orang cakap, “Belajarlah kerana Allah.”
Setiap kali aku mengadu aku down, setiap kali aku mengeluh nak give up…


Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam. Yalah, orang picisan macam aku ni, mana layak membantah ayat-ayat daripada budak usrah ni.


Tapi sebenarnya kan…Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu. - ARKITEK JALANAN

…………

Arkitek Jalanan merupakan kisah sambungan daripada Pelukis Jalanan. Kisah dalam Arkitek Jalanan membawa kalian ke alam semester akhir Teme semasa di London.

…….

Ahmad, nama sahabat karib Teme semasa Pelukis Jalanan. Dalam siri kali ni memang nama Ahmada akan lagi kerap disebut-sebut. Memang dah macam twin brothers, sebagai sahabat mereka berdua saling menasihati sesama mereka. Andai kata ada antara mereka yang mula down nak give up, ada sahaja cara yang Teme dan Ahmad ni akan guna untuk support. Aku kagum yang ni.

…….

Bila bercakap tahun akhir, mesti la tough kan, dengan serabut. Teme pulak sibuk dengan nak siapkan manuskrip buku bagai. Kita pun sedia maklum, pelajar architecture ni kerjanya design, memang tak cukup tidur tu lumrah katanya.

…..

Dua sahabat ini juga saling berusaha untuk tamatkan degree first class. Pengalaman mereka di studio dan presentation crit juga ada diselitkan dalam ni. Memang aku rasa mendebarkan. Pensyarah dengan student semua mat salih tengok. Kira pandai English dua orang ni. Of course.


Pada tahun akhir ni, mereka perlu ke site visit ke negara lain pula (korang beli tahu la mereka pergi negara mana, hehe).

…..

Buku ni mengajar dalam usaha, kita kena letak kebergantungan kita kepada Allah. Teme ni, dalam penulisan dia akan selitkan mengenai Islam, hal usrah sebab dia dulu suka join usrah, nak jadi pendakwah. Berkaitan fadhu kifayah menuntut ilmu sains juga selalu Teme ingatkan kepada pembaca. Senibina islam pun diketengahkan.

……

Walaupun gurauan dalam perbualan Teme dan Ahmad ni kadang-kadang nampak agak kasar, itu sudah biasa bagi mereka berdua. Nama rakan studio seperti Morgan dan Orange, turut terlibat dalam siri kalini.


…..


So APA TUNGGU LAGI, beli la! Haha

Antara kata menarik yang aku jumpa dalam ARKITEK JALANAN:

“Bakat tanpa otak, sia-sia.
Otak tanpa bakat, lebih berguna.
Bakat dan otak, moga tidak tersalah guna.”

“We can’t complain without brain.” (kita tak boleh memberontak sebelum berotak)

“Pertolongan manusia itu tiada nilai, jika kepercayaan terhadap pertolongan Allah itu melampai”

“The most certain way to succeed is to try just one more time.”

“Aku nak kewujudan aku menyumbang. Kehilangan aku tidak menghalang. Kalau orang puji aku, dia puji Teme Abdullah. Bukan diri aku yang sebenar, yang banyak kelemahan.”

………


Luahan Ahmad berkaitan ketidakpuasan cara berdakwah dan perkongsian Teme dalam cerminan untuk menyampaikan agama pun terselit dalam ni. Penjelasan topik ni bagus aku rasa. 


Semasa membaca ada satu chapter yang buatkan aku menitis air mata, di saat Teme bagitahu kepada Ahmad bahawa dia mengidap satu penyakit sejak dari kecil (aku tak nak bagi tahu kat blog ni, no spoiler ok).


Memang aku terkejut giler bila Teme beritahu pasal ni. Tak sangka dalam kelemahan kekurangan tersebut ALLAH anugerahkan bakat terhadap insan ini.


Thanks pembaca semua.

Comments

Popular posts from this blog

Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)

Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama