Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)


Karasuno High School


Pada awal oktober 2020 ni, aku baru selesai menonton siri anime HAIKYUU Season1. Sebelum ni aku tak pernah tahu sangat pasal anime ni. Aku dapat tahu pasal cerita ni sebab ada sorang yang aku kenal asyik update status whatsapps pasal Haikyuu je. Lepas tu dia recommend kat aku untuk layan cerita ni,😁 dah busy as student. Sibuk nak layan anime lagi. Hahah. 



Aku akan sedaya mungkin cuba untuk tidak memberikan spoiler kepada korang yang belum menonton Haikyuu ni. 


Untuk season 1 ada 25 episod, setiap episod dalam 24 minit camtu. 


Genre cerita ni, comedy, sport, drama, school, shounen. Aku tak expect nak suka cerita ni pada mulanya, ye lah sebab tema cerita ni pasal sport lebih tepat lagi pasal volleyball. Apa yang anime sport ni boleh bagi impact kepada penonton. Tambah pula dengan background pelajar high school. 


Sinopsis, cerita ni bermula dengan satu watak di beri nama Hinata Shoyo (rambut jingga), satu hari masa dia mengayuh basikal dia berhenti untuk melihat satu perlawanan volleyball yang disiarkan dalam televisyen. Minat dia untuk mendapat gelaran "small giant" terus berputik, dan dia bercita-cita untuk menjadi pemain volleyball yang handal suatu ketika nanti. 

Masa sekolah rendah dia takde team yang cukup untuk berlatih volleyball, walaupun si Hinata ni punyai stamina dan kepantasan. Namun kelebihan dia tak dapat nak di optimumkan dalam skill volleyball sebab takde yang boleh berlatih dengan dia. 

Pada tahun akhir Hinata di sekolah rendah, dia telah tubuhkan satu team yang cukup untuk masuk pertandingan. Tapi ye lah, dengan team yang baru saja ditubuhkan, tanpa tenaga pengajar, dah tentu mereka tak mampu nak menyerlah time tu. Pasukan Hinata kalah. 


Kemudian munculnya watak ke-2, si Kageyama Tobio, dia ni nampak cool, ego sikit, tapi still hensem. Selalu marah-marah. Pertemuan Kageyama dengan Hinata adalah semasa pertandingan volleyball untuk junior midle school. Kageyama memegang posisi sebagai setter(nanti korang tengok tahulah). Kemahiran dan skill yang ada dalam pasukan mereka berjaya mengalahkan team Hinata. 

Hinata berjanji untuk tebus kembali kekalahannya, dengan memilih untuk masuk Karasuno high school. Sebuah sekolah yang pernah menjadi lagenda dalam volleyball suatu ketika dahulu. Apa yang mengejutkan si Kageyama juga masuk ke Karasuno high school. haha. 

Apalah nasib mereka berdua nih. Mampukah lagenda Karasuno High School di lahirkan kembali? Apa kekuatan yang dimiliki Karasuno? Bagaimana dengan kehebatan yang dimiliki high school yang lain? 



Apa yang aku rasa masa menonton cerita ni?

Honestly, bila kau menonton cerita ni dia juga akan sentuh emosi. Ada waktu kau rasa berdebar-debar, rasa macam arhhh, kuatnya musuh, ada masa rasa kagum dengan semangat berpasukan mereka.

Skill yang ada untuk baca taktik musuh, detik-detik cemas untuk kekalkan bola di udara. 

Ada moment sedih yang buatkan aku menitiskan air mata, jujur aku cakap. Sedih. Ada part yang kelakar boleh buat aku senyum sorang-sorang. 


Seijoh





Bila kau tonton cerita ni untuk season 1, kau akan dengar nama pasukan seperti; Nekoma, Aoba Johsai(Seijoh), Dateko, Shiratorizawa


Nishinoya
Nishinoya

Dalam cerita ni juga, aku dapat belajar serba sedikit pasal posisi dalam volleyball ni dan peranan mereka sangat penting dalam memastikan bola dapat diberikan kepada spiker atau ace. Aku baru tahu pasal spiker, setter, libero dan sebagainya. Memang tak senang duduk aku dibuatnya masa tengok diorang main. 


Sikap dan perwatakan yang dimiliki karekter memberikan aura perubahan mood dalam pelbagai keadaan. Ada saja perkara yang kau tak expect tiba-tiba jadi. Ini yang kita suka. 


Flashback dalam menjelaskan mengapa seseorang itu bersikap sebegini atau sebegitu, sangat memudahkan pemahaman penonton. Mesti ada perkara buruk atau sedih pernah menimpa, sehingga dia bersikap macam tu.  

Kalau la ada volleyball kat tangan aku masa aku tengah menonton, aku tampar terus hahah. 

Semangat.  



"I may be small, but I can jump!" Hinata Shoyo


Aku sangat recommend untuk korang tonton anime Haikyuu ni.


Terbaik.




Comments

Popular posts from this blog

Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama