Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama
Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh
dimiliki sesiapa. Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik. Akan digunakan
senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang
jahat. Akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.- Pelatih 8492
Alhamdulillah, aku habis baca buku Empayar
ni. Kisah buku ni membawa pembaca ke zaman kesultanan Aradhanapura di Kepulauan
Melayu suatu ketika dahulu.
Untuk latar tempat bermula di sebuah
madrasah (macam akademi latihan, nanti bila tamat jadi pegawai kesultanan). Apa
yang unik bagi aku adalah penggunaan nama bagi watak-watak dalam ni. Penulis
menggunakan nombor sebagai nama.
Sebagai contoh Pelatih 8492, Pahlawan
1636, Penghulu 1833. Masa aku awal pembacaan aku rasa pelik sikit, tapi setelah
keep going reading, lama-lama rasa bagus jugak buat camtu. Rare! Haha.
Topik buku ni seperti yang korang baca kat
belakang buku ni, ianya berkaitan penyalahgunaan agama.
Ada ketika agama ini disalahgunakan untuk
menghalalkan perkara batil semata-mata nafsu.
Hah!takut tak?
Apa yang membuatkan aku tersentuh
mengenai kisah jodoh bekas pelacur, yang diperdebatkan dalam buku ni.
…
Pernah dengar firman Allah SWT dalam Surah
an-Nur ayat 26 yang bermaksud “wanita-wanita yang jahat untuk lelaki-lelaki
yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat.
Manakala wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan
lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik.
“Kadang-kadang kalimah ‘baik’ ditafsirkan
dengan pandangan mata kita sebagai manusia yang lemah. Sedangkan baik disisi
Allah itu lebih luas”
Tuhan tidak seperti manusia yang boleh memaafkan
tetapi tidak mungkin melupakan. Orang yang kita lihat zahirnya kotor, sekiranya
dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat, hubungannya lebih akrab dengan Tuhan
berbanding kita yang sering berasa diri selesa dengan dosa-dosa kecil. Kita tak
sedar yang kecil-kecil pun jika dah berbukit tinggi, mampu mengalahkan kebaikan
yang kita riakkan kepada manusia saban waktu.
Bukanlah tugas kita untuk menghakimi
jernih kotornya seseorang. Kita semua memiliki dosa yang Allah SWT sembunyikan
daripada pengetahuan orang lain.
...
Antara nilai
yang aku perolehi dalam buku ini;
1. Untuk menjadi insan
terpilih kekuatan mental itu perlu bagi menapis sikap pengecut dalam tampuk
pimpinan kesultanan.
2. Janganlah kita cepat menghukum
berdasarkan pengelihatan kita yang cetek ni. Adakalanya kaedah penyelesaian
yang lebih konkrit sedang diusahakan oleh pemerintah.
3. Kadang-kadang
berpura-pura menjadi kurang waras dapat melihat layanan manusia sebenar.
4. Meletakkan peraturan yang
melampau-lampau sehingga menghalang fitrah manusia untuk melihat diri lebih
islam, akan memburukkan keadaan. Bagi mereka lagi banyak peraturan dan hukum
lagi islam mereka.
5. Sekiranya menjadi
pengikut janganlah menjadi pengikut membuta-tuli sehingga tidak berani bersoal.
Jangan biarkan gelaran dan pangkat ketua mengaburi nurani.
6. Kebenaran itu kau dapat
rasakan di sini yakni hati.
…
Btw, siapa putera tanpa nama tu? Macam
mana dia terlibat dalam kisah ni? Nak tahu kena baca ok. Haha
Buku Empayar ni cerita dia tergantung
sebab ada persoalan yang tak terjawab, sebab tu kita bersambung ke Empayar
2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis klik sini
…
Thanks kerana membaca.
Comments
Post a Comment