Pengalaman pertama di UiTM Cawangan Perlis

Library Baru (bahan bacaan berkaitan sains)


Cerita ni pasal seorang budak ladang yang aku sangat kenal. Dia ni masa sekolah menengah memang minat dengan hal berkaitan pertanian ni, kelas pun ambik sains pertanian, katanya dulu-dulu nak kerja jadi pegawai pertanian. Maklumlah, cikgu pertanian selalu bagi galakkan dalam bidang ni. Dan dalam cerita ni, aku mungkin akan tambahkan penyedap rasa untuk jadikan ia menarik. So, basically bukanlah 100% kisah benar, ok? Aku harap penulisan ni dapat membantu kalian yang bakal masuk bidang ni. 



Petang ni, aku cadang nak berjumpa dengan dia untuk ambik cerita nak letak dalam blog aku ni hehehe. Kami berjanji untuk berjumpa di sebuah restoran di utara tanah air.  




Tapi dalam cerita ni aku tak nak guna nama sebenar kawan aku tu. Boleh? Thanks.

Nak mudah aku bagi common name, Adam? Ok, kita panggil dia Adam, senang sebut kan.

Bismillah…


21 Mei dia menjejakkan kaki ke sebuah ipta yang sudah lama dikenali di negara kelahiran Adam. Kedatangan nya ditemani ibunya dan seorang sepupu yang telah berkhidmat sebagai seorang guru. Adam yang mengayakan kemeja putih, bertali leher hitam dan berseluar slack. Mereka perlu memarkir kereta agak jauh sedikit dari asrama kediaman. Melihat kunci ditangan tertulis kolej Cengal 3, sambil mengheret beg beroda, mereka segera bergerak berjalan kaki ke arah asrama kediaman tersebut.

Plan Kolej, bilik Adam yang first interim ( sebelah kiri atas) dan bilik sem 1 pulak (sebelah bawah kanan).

 

"Bercakap pasal bilik ni Faiz, aku benci bilik first tu, kau tahu tak bilik ni berkuap, panas bahang. Sebab dia macam tertutup dari pengudaraan. Angin nak bertiup masuk pun susah. Sebolehnya if ada junior nak mohon bilik ke nanti elakkan la bilik kepam camni cam jadah je huh", ujar Adam reaksi seperti tidak puas hati.
 ….
 

Ni masa roll call, so kena berkumpul dengar taklimat mungkin ada operasi spotcheck

Kini tinggallah Adam bersama rakan sebilik, setiap bilik boleh menempatkan 3 orang pelajar. Adam mula berkenalan dengan Azizi dan Akmal. Azizi satu fakulti dengan Adam. Akmal pulak student sains sukan.


“SELAMAT DATANG KE UiTM!!!!!!!!” laung pengurusi MDS.


“Maka minggu MDS ( Minggu Destinasi Siswa) pun bermula. MDS boleh dikatakan hampir seminggu dijalankan. Bertujuan bagi memberi pengetahuan asas mengenai ipta tersebut. Masa Adam masuk kesini, makanan masih disediakan oleh pihak catering(so, jimat duit minggu first tu) pelajar perlu bergerak dalam keadaan berbaris untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat".


Kebanyakan masa mereka adalah berada dalam dewan besar yang di panggil DSS (Dewan Seri Semarak). Time ni kalian akan Nampak abang-abang dan kakak fasi. Pengisian adalah berkaitan HEP, Kokurikulum, Ucapan Rektor, Pegawai Kanan Asrama, Polis Bantuan, Pendaftaran Kursus. Kemampuan fasi yang sporting dan pandai menghiburkan kami ketika mengantuk wajar dipuji, hahaha”. Seloroh Adam. 


“Semasa MDS, mereka ada jalankan satu slot bersama pegawai ACIS, lebih kurang macam jabatan ehwal islam dalam kampus disini. Kalian perlu jalani ujian asas sebagai umat islam. Macam ujian PAFA masa form 5. Alhamdulillah, aku berjaya lepas. Bagi sesiapa yang tidak melepasi ujian tersebut. Apabila masuk semester 1, kalian harus mengikuti kelas Asas Pembangunan Insan (API)*  selama satu semester”, terang Adam bersungguh.


“Habis tu, pelajar yang berjaya ujian ACIS kena masuk apa pulak?” celah aku, bertanya kepada Adam.

“Sabarr.., itu topik kokurikulum, nanti aku jelaskan ok, kita pergi satu-satu.” Adam mengajak aku minum latte yang telah siap dipesan olehnya.


Adam menyambung ceritanya,“masa aku masuk sini, ada 7 fakulti. iaitu Fakulti:

1.Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU),
2.Sains komputer matematik (FSKM),
3.Perladangan dan Agroteknologi (FPA),
4.Sains Gunaan (FSG),
5.Perakaunan
6.Pengurusan Perniagaan, 
7.Sains Sukan dan Rekreasi (FSR).


“Dan, semasa minggu akhir MDS, pelajar akan diserahkan kepada kumpulan abang dan kakak fasilitator yang sama fakulti. Part ni yang best, kalian akan dibawa oleh pelajar senior untuk bersiar-siar sambil berjalan kaki di sekitar kampus, time ni baru kalian akan kenal fasi mana yang sebenarnya senior fakulti kalian, sambil berjalan senior menerangkan kepada mereka mengenai fungsi sesebuah unit dan tempat”. 


“Siapa senior yang bawa kau Adam, laki ke pompuan?”, tanya aku sambil menyuap mashed potato


“Ish kau ni haha. Lelaki laa, Hanan Thoboki nama dia, senior perempuan pula bawa student perempuan. And kat sini kita dah tak panggil lelaki perempuan. Kita panggil siswa siswi. Kan, nampak lebih chibi cute, hahah”, seloroh Adam menahan tawa.

Chu Cafe

“Antara tempat yang wajib tahu seperti, lokasi Cafe, Complex Star, Sport Complex, Padang Kawad, Blok Al-Farabi, (BK) Blok Kenangan, (PI) Pusat Islam Masjid An-Nur, library Dato Onn, (Mushroom) Anjung Siswa, (UK) Unit Kesihatan, Pejabat Kolej, HEP, Unit Kokuruikulum, Unit Ladang dan UniStorage (tempat kumpul barang pos)”.

HEP (Hal Ehwal Pelajar)

“Adam, masa baru kena duduk kampus sedih tak? ke best?” tanya aku.

Honestly dua-dua ada, tapi time baru kena berpisah dengan mak aku kat kampus tu, memang aku rasa sedih sikit, hahah. Ternangis jugak aku dalam bilik sensorang siot betul”, jawab Adam tanpa rasa malu.


“Takpe la, sedih kejap, anak dia nak belajar bagi pandai nanti, haha.” celah aku menceriakan semula suasana.


“So, setakat ni la cerita kau Adam untuk minggu MDS kau kat sana?”


“Yup, kalau pasal MDS setakat tu je la, dan kau tahu apa lagi best lepas MDS tu Faiz?”


“…?” Faiz hanya diam sambil mengangkat kening, meminta jawapan.

“RAMADHAN tiba, RAMADHAN tiba, marhaban ya RAMADHAN, hahaha. Untuk pengetahuan kau ini lah kali pertama aku berpuasa jauh dari mak ayah aku”.


“Alhamdulillah, dah boleh berdikari kawan aku ni ya. Padan muka.. hahah”.

Aku bersalaman dengan Adam. Setelah membayar bil makanan. Kami bersiap untuk pulang.


“Adam, nanti kau email kat aku kisah kau kat sana, sebolehnya aku nak tolong junior yang baru masuk!!”. laung Faiz.

“Insya-Allah, nanti free aku send kat kau, selamat jalan hahah”.


Terima kasih
Adam







Comments

Popular posts from this blog

Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)

Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama