Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) UiTM Part 5
Alhamdulillah
Adam, sekarang kau dah Part 5. Dah dapat junior baru lagi, junior part
1.
Bila
jadi senior part 5, rasa seolah kau menjadi kluster kayangan sedikit, ye lah
sebab kau dah paling lama, segala pagar kau pernah panjat sebab lewat datang
roll call(aku pernah sekali,haha), ada ego nya yang tersendiri. Jangan ‘semberono’ dengan senior ye,
tapi segan pulak aku bila orang panggil abang2 ni.
Bukan bini aku, lagipun yang
panggil abang2 ni pelajar lelaki. Allahuakbar, aku ingat lagi ada seorang
senior aku dia cukup marah kalau panggil dia ‘abang’, Mujibul Ghunnah Nama dia.
Kalau siswi, aku on 100% tak kisah hehe. Bias giler la kau Adam.haha.
Semester
5
a)
Principle of Marketing (AGR 313)
Ni
kau belajar berkaitan pemasaran, strategy, location, branding, labelling,
market survey. Iklan ya, bila sebut marketing takkan pisah dengan
advertisement. Apa info yang perlu ada dekat iklan tu. Cara pembukusan barang
mengikut produk. Kalau jenis cecair guna botol, kau nak pakai botol kaca ke plastik,
apa kesan kalau botol plastik dekat produk tu ada bau lain tak?
Lecturer
aku untuk course ni perempuan, Miss lagi belum kahwin, suka point kat
pelajar-pelajar dia (lagi-lagi pelajar lelaki), dia cakap kejap,
pastu
tanya kat pelajar “what you know about agrobusiness, hah Naim answer it”. Suka
gamaknya tengok lelaki muda takut takut haha, husnuzon(bersangka baik) la aku.
Giler
tanjat kawan aku.
Tiber
nama kena petik, haha.
Satu
yang aku suka, bila lecturer hafal nama aku, aku rasa dihargai sebab dia
berusaha ingat nama aku. Tak kisah lah lecturer mana pun. Mereka ingat
nama korang tu, kira bertuah la. Dia bukan nak kenakan korang, dia nak korang
bersedia.
Oh
ya, kau juga perlu buat produk yang ada kaitan dengan agriculture ni,
kemuadian bentang dalam kelas pada minggu ke 10 atau 11 camtu.
…
Satu
lagi puyuh ya, ternakan puyuh. Inilah projek akhir bagi penuntut semester 5.
b)
Mechanization of Estate (AGR 318)
![]() |
| Electrical System Diagram |
Ni
topik engine ada sesi bengkel dan kelas tutorial. Masa kat bengkel
korang akan didedahkan bermula prinsip engine paling basic iaitu
bermula, engine 4 stroke and 2 stroke, system ignition, electric, cooling
system, lubrication system.
Topik engine ni bagi aku best sebab kita
nak guna jugak nanti, at least bila kau ada Myvi sebijik nanti ke kereta family
ke, takde lah ‘nub’ sangat. Kat bengkel kau mula kenal jenis spanar, tukul, filler
gauge banyak lah lagi.
Macam
aku belajar dulu, ada sebijik bangkai tractor yang memang di letakkan
dalam bengkel, dia memang di buat untuk pelajar tengok bagaimana system engine
berkerja sama untuk menghasilkan daya kuasa. Sistem clutch tu. Ala kau
ada lesen kereta mesti faham kan.
Cuma
aku nak pesan satu hal, biasanya budak laki akan advance la sikit dalam kelas
ni, lagi2 yang suka modified motor tu. Sepandai mana pun korang pasal engine.
Jangan tunjuk sangat sikap tak hormat pensyarah, masa dia bercakap kau sibuk
mencelah ntah apa-apa. Pastu buat minit mesyuarat Pak Ali kat belakang, serius
menganggu kelas.
Bila
lecturer tanya, boleh jawab sebab dah pandai. Ish2, jangan lah jadi
sikap2 camni. Kalau dah pandai melangit, dengar lah. Dia pensyarah, kawan-kawan
dalam kelas kau pun nak belajar.
Dan
tak semua lelaki pandai bab engine, contoh nya kawan aku Zaidi tapi dia
tetap struggle walaupun banyak kali give up dengan markah test dia.
c)
Estate Budgeting and Accounting (AGR 323)
Aku
dapat lecturer yang sangat berpengalaman, dia akan bersara selepas
sahaja mengajar kitorang pada semester ini. Kiranya dia nak all out
segala ilmu yang terbuku sepanjang karier dia. Cukuplah kenal sebagai Sir
David, ya non muslim. But, sikap dia tetap baik dan menepati
masa. Nampak kemas perut tak buncit, aku tengok dia jenis yang pentingkan
kesihatan.
Untuk
accounting sem 5, jujur aku cakap ianya lebih mudah dari accounting
yang diambil masa sem 3. Sebab skop dia dah dikecilkan. Semester 3 kau belajar
secara general.
Disini
belajar Record-keeping, accounting system, basic of cash account, balance
sheet & analysis, income statement,
depreciation dan bla..bla.
Format
pun tak berbelit macam sem 3.
d)
Fundamental of Entrepreneurship (ENT 300)
Ni
kau kena belajar pasal cara-cara nak mulakan perniagaan, buat Business Plan,
bentang apa produk atau servis kau nak buat, then pilih location business
kau, bentang budget, reka floor plan office, nak letak bilik meeting
kat mana, bilik bos, ruang rehat, tandas, lampu berapa biji kau nak, meja
kerusi, pendingin hawa. Ni bukan plan architecture ya, tapi usahakan
bagi cantik.
Kau
perlu kira market share, setiap ahli kumpulan akan dapat jawatan
tertentu, ada CEO, HR Admin, Financial Manager, Marketing Manager. Best
dan juga serabut sia.. haha.
Nasib
time aku tu, CEO perempuan. Dia pun ada ciri berkaliber nak pimpin. Jawatan tu bukan
main pilih je, aku buat satu lucky draw online tau, semata nak mereka
pilih jawatan.
Bila
dapat jawatan, baru boleh fokus pada skop kerja masing-masing.
e)
Industrial Training II (FPA 310)
Latihan
praktikal di agensi luar (tak kisah kerajaan ke swasta), nanti aku buat artikel
khas pasal praktikal di agensi luar, stay tune.
Lelaki
digalakkan memohon di estate. Perempuan digalakkan mohon di agensi kerajaan,
atau badan berkanun.
f)
Interpersonal Communication (INC 271)
interpersonal ni berkaitan hal dalaman.
Soal komunikasi dalaman, bukan kuasa psikik ok.hahha. Kau ada presentation,
pastu ada yang kena berlakon seolah berlaku perbalahan gaduh.
Ya
inilah tujuan kau belajar, kadang-kadang kita dapat tengok dan analisis
seseorang tu dengan cara bercakap, pergerakan tangan. Cara duduk, pergerakan
anak mata. Kau juga belajar ethical dalam komunikasi.
Contoh nya posisi
tangan menongkat dagu menunjukkan kau bosan. Bercakap tetapi anak mata melihat
tempat lain seolah kau tak minat nak sembang (tapi kes aku, kalau dia cantik
aku segan tengok mata dia.. haha sempat lagi Adam haha).
…
Alhamdulillah
tamat sudah. Walaupun rasa best habis, percayalah dalam hati mesti rasa
sedih sebab inilah tanda yang kita bakal berpisah. Mungkin ada yang pernah jadi
roommate selama 2 tahun. Segala perangai, leteran, bau kentut, bedak,
perfume, sikat, pomade, tidur pun pernah sebantal, pergi masjid bersama, haha.
Percayalah
mesti rasa hiba muncul. Moment pergi study di rumah sewa Teja Villa juga
takkan dilupa.
Untuk
project puyuh aku respect sangat team MT Puyuh. Terutamanya Pengarah
Luqman CheDet serta semua AJK yang menjadi tulang belakang pengukuh usaha
pelajar semester 5. Projek puyuh perlu kan kau korbankan masa dan tenaga serta
wang.
Yelah kau nak buat business kan. Ini lah orang panggil Partnership
Business. Tapi, make sure business kau earn profit taknak
tinggal ‘ship’ je. Untung dah pergi kelaut dahulu.
Masa
aku dulu, jadual aku hari rabu, pelajar siswi bagi makan pagi tengah hari.
Lelaki biasanya lewat petang dan malam. Sebab reban puyuh agak jauh dari asrama
kediaman. Be gentleman la
lelaki..Huh! (buat gaya mencebik bibir)
Puyuh
ni memang makan kuat, hantu raya betul..haha. Pastu kena pastikan suhu sesuai
untuk dia nanti sejuk sangat, jadi “arwah”. Pengalaman proses puyuh pun best
juga, pegang puyuh disembelih, buang bulu, belah perut, potong kaki, tanam bulu
puyuh. Moment masak daripada chef siswi pun ada, sampai gaduh rebut dapur nak
jadi chef.
![]() |
| Nasi Kombo Puyuh (terliur tak? hehe) |
Ada
yang buat servis COD nasi puyuh sambal.
Memang sedap chef siswi masak. Calon calon ni. (ehemm) haha.
Baiklah,
aku rasa setakat tu yang mampu aku tulis dalam ni. Harap dapat bantu korang
yang bakal masuk ataupun dah masuk tapi masih junior. Harap dapat buka mata
korang sedikit. Lagi sekali aku nak cakap, aku bukanlah pelajar top pun untuk course
ni, ramai yang dah sambung degree penerapan UiTM, by the way kalau kau
sebut nama Adam, takde sape yang kenal sangat. Haaa.. aku tak suka menonjol
sangat. Tak suka. Lain lah masuk majlis perwakilan pelajar nu. MPP la katakan.
.Tamat.
Adam
Ulasan EDITOR :
Baiklah, sebagai editor dan pemilik blog ini (tanpa kebenaran aku, takkan dapat Adam share story kat sini) aku nak ucap terima kasih sesangat kepada ADAM kerana sudi berkongsi kisah beliau sebagai penuntut.
Dia harap agar kalian doakan agar dia dimurahkan rezeki sihat walafiat, dan semoga dia boleh menyumbang sesuatu kepada masyarat kelak. Insya-Allah.





Comments
Post a Comment