Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) UiTM Part 2

Kelas Chemist




Baiklah bersambung dengan kisah Adam sebelum ni, here we go!


Semester 2

a) Economy (AGR 113)
Bagi aku course ni mencabar jugak, sebab aku tak ambil subjek ekonomi masa SPM dulu. Untuk permulaan okay lagi la sebab banyak teori dan maksud yang kena hafal. Bila makin lama akan masuk calculation ada elasticity in economy, equilibrium, demand supply chain. Aku dah mula rasa berbelit. Jadi, untuk subjek kira-kira ni banyak-banyak kan lah bertanya. Kalau segan nak jumpa lecturer cari kawan yang memang nampak boleh pickup cepat atau pernah ambik Ekonomi masa SPM dulu.


Aku pernah tertidur depan lecturer. Even meja aku duduk tu paling depan. Nasib la, ada kawan aku yang rajin cubit belakang. Nampak aku ‘terangguk-angguk’ seoalah mengiakan kata-kata Sir Marwan. Terus higgap cubitan kawan aku. Sai Ikram nama dia.




b) Plantation Crop I (AGR 182)

Nama pun kursus perladangan, jadi korang akan diperkenalkan dengan tanaman perladangan yang utama iaitu Kelapa Sawit dan Getah. Kenal baka, nama saintifik. Tenera Pisifera tu, tinggi pokok berapa, berat tandan, jenis pest and disease dan cara kawalan. Nanti korang belajar juga kenapa getah ditoreh mengikut sudut-sudut tertentu, bila usia pokok getah boleh mengeluarkan susu getah.

Turgid pressure dalam pokok mengalakkan susu getah keluar waktu sebelum subuh. Ada pokok getah yang kayunya boleh di jual untuk industri perabot. Kita panggil Latex Timber Clone.
Hevea Brasilliensis (Nama saintifik getah)




C) Basic Chemistry (CHM 138)
Untuk kimia korang akan ada sesi lab, so ikut lah peraturan lab ye. Elakkan kan tertumpah bahan kimia nanti. Korang belajar pasal tindakbalas campuran bahan. Rujuklah semula periodic table tu. Aku dulu tak ambik chemist masa SPM.  


Jadi korang bayangkan lah aku struggle untuk nak hadam formula oxidation reduction ni. Merangkak jugak lah, nasib lecturer bersungguh ajar aku dan kawan-kawan aku yang takde basic kimia sekolah dulu. Lepas aku kena subjek kimia aku rasa cuak dah nak jumpa kimia kalau aku ambik degree.




d) Computer and Technology (CSC 134)
Ni korang belajar ms Office (word,excel, powerpoint), ada presentation kalau ingat aku, design satu alat guna image editor pastu cerita kat depan. 


Aku buat design robot untuk kerja pembinaan . Macam watak Alphonse cerita Fullmetal Alchemist.




e) Islamic Thought and Civilization (CTU 151)
Korang akan belajar pasal tamadun islam. Aku dapat ustazah yang umurnya dah lebih dari separuh abad. Suka bercerita. Kisah anak-anak dia. Untuk setiap slide ambik masa hampir 8-10 minit baru tukar slide. Lama kan?



f) Integrated Language (ELC 151)
English this semester more focus on speaking. 



g) Field Work II (FPA 200)



Pegi ladang diorang bawa pegi lawat tempat sawit dan getah. Demo toreh getah, buang pelepah sawit. Ada taklimat pasal MSPO. Untuk sem ni korang ada field visit. Masa aku dulu dibawa ke Tradewind Plantation Berhad.


Aku nak cakap kat sini, bidang pertanian ni sebenarnya applied science (sains gunaan). Bidang sains yang guna dalam hidupan. Kalau korang memang ambik science stream masa SPM. Mudah sikit untuk korang. Tapi takpe kita kita masuk university memang nak belajar benda baru. Kalau takde basic pun usaha la kan. Kena lagi struggle ok. Kau kena belajar biologi tumbuhan, kimia, pastu fizik sikit masa part 5(mechanization).

Ramai je kengkawan aku yang walaupun SPM diorang bukan Science Stream, diorang tetap perform. Apa yang penting usaha kau nak capai tu.


Bersambung…

 
Adam




Comments

Popular posts from this blog

Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)

Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama