Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) UiTM Part 3
Nama
aku Adam macam artikel aku sebelum ni, aku nak ceritakan pengalaman course yang
diambil dalam DPIM ni. Jadi selamat membaca.
…
1.
Accounting (ACC 106)
Ni
korang belajar accounting, ada kena buat ledger kira profit margin,
ratio, asset, liability. Kena beli buku teks account, pensyarah
akan jual nanti kalau nak murah beli la kat senior korang. Contoh
pelajar part 5 ke. Yang penting kena hafal format cara susunan nak jawab
soalan. Kau hafal format insya-Allah mudah final. Test pun pastikan dapat
result elok dah. Sebab markah test ni masuk utk result korang.
2.
Soil Science (AGR 231)
Ini
lah sebab korang perlu belajar chemist masa part 2, masa part 3, korang kena
hadap sains tanah. Belajar wilting point, mengenai topsoil, sub soil,
underneath soil. Kalau melayu senang semua panggil tanah, tapi bila belajar
soil science kejap land, kejap soil, residue, humus. Kau pun belajar pasal
organisma yang boleh hidup dan bermanfaat untuk tanah. Contoh cacing tanah.
Korang
belajar pasal tekstur dan struktur tanah. Untuk pengetahuan sesuatu tanah yang
wujud di kawasan bergantung kepada jenis batuan asal yang berada jauh di dasar.
Korang
pernah dengar Segitiga Atterberg dan Segi Tiga USSD
Ini
digunakan untuk menentukan jenis tanah disuatu tempat berdasarkan 3 kandungan
iaitu Liat, Pasir, Kelodak (clay, sand, loam)
…
Moment
yang buat rasa jantung nak tercabut waktu kelas ni bila mana lecturer aku time
tu, cukuplah korang kenal dia sebagai Sir Acap. Orang nya berbadan hampir
gempal. Memakai cermin mata bulat. Setiap kali masuk kelas dia akan buat sesi panggil
ke depan.
Dan
setiap kali kelas soil science tutorial inilah, terasa adrenalin
dirembeskan dengan sangat banyak, degupan jantung menjadi laju, helaan nafas
menjadi pantas tanpa bantuan ventilator. Peluh mula terasa keluar
meskipun penghawa dingin telah terpasang. Semua pelajar mula diam dan buat
kerja sendiri.
“Hah,
tak payah buat busy, hari ni saya nak panggil kamu untuk terangkan kat depan
apa yang dah belajar minggu lepas!!”, pekik Sir Acap.
“Hah
kamu yang berbaju melayu biru kat depan sekali tu!”
Terkejut
aku, sebab akulah yang dia maksudkan tu. Nasib boleh jugak speaking walaupun
tak fluent sangat. Muka aku jadi serius cam nak gigit orang, sebab takut haha.
Lepas
korang kena panggil, jarang dia akan panggil untuk kali ke-2. Tak kena dah
lepas tu.
3.
Plant Propagation (AGR232)
Ni
belajar pasal cara nak propagate (pembiakan tumbuhan), belajar pasal tut
markoting, keratan batang, belahan daun, cantuman mata tunas. Macam mana nak
buat campuran tanah untuk semaian anak pokok. Ada campuran topsoil, bahan
organic, dan loam.
Bila
campuran betul senang untuk pertumbuhan akar pokok untuk penetrate ke dalam
tanah.
4.
Science and Technology (CTU 211)
Ni
belajar pasal teknologi dalam islam. Banyak korang belajar pasal ciptaan sains
daripada tokoh islam dari seluruh dunia. Ilmu falak, perubatan, arah mata angin
pelayaran.
Serta belajar mengenai kesan baik buruk penciptaan teknologi dalam
kehidupan kini. Sesi presentation juga ada untuk soal jawab dan berdebat
mengenai isu pilihan.
5.
Integrated Language (ELC 231)
Belajar
English, aku ingat lagi hari first day madam masuk (Madam Majdah) namanya.
Orang nya jika dilihat sudah berumur hampir separuh abad. Tinggi dan kurus,
memakai cermin mata petak berbingkai merah.
First
day yang aku takkan lupa, semua pelajar kelas dia perlu datang depan cakap apa
saja dalam 3 minit. Ya apa sahaja topik, disebab kan aku dah mati akal, terus
aku cerita pasal mobile game iaitu Mobile Legend, haha.
Giler
muka innocent tiber cakap pasal game ML, segala tank marksman keluar, tak ke
pening orang yang tak main..Aduhai.
6.
Fieldwork III
Ladang,
part 3 batch aku jaga Kawasan nenas. Jaga sahaja yer, buah nenas nya aku
kitorang kena beli. Habis tangan aku calar, nasib aku ni lelaki. Ye lah nenas
kan ada duri kat daun dia.
Lupa
nak cakap kat artikel sebelum ni, korang perlu buat logbook (macam rekod
aktiviti kerja yang dilakukan pada hari khamis tersebut). Siapa supervisor yang
jaga korang, bahan racun dan peralatan yang digunakan, Kawasan mana korang buat
kerja.
7.
Industrial Training I (FPA 210)
Latihan
praktikal, untuk sesi ni korang praktikal kat kampus. Tak runsing pasal tempat
rumah sewa bagai. Nanti aku buat artikel khas pasal praktikal di agensi luar.
8.
Kokurikulum.
Sambung
apa yang korang ambil masa part 2.
…
Apa
yang rasa lain sem ni adalah korang akan dapat junior part 1, baru lah nak
merasa macam senior sikit. Ada apa tu orang panggil, adik.. hahaha.
Bersambung…
Adam
Comments
Post a Comment