Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) UiTM Part 4


Aku Adam, kini telah masuk semester 4 untuk artikel aku. Let’s check it out. Tak lama dah nak abis.

Antara course yang dipelajari:


a) General Field Maintenance (AGR242)
Di sini aku belajar subjek macam ukur keluasan tanah, kau kena buat land survey and calculation pasal levelling, ada cari datum point. Untuk assignment dalam kumpulan, if dah minggu first kau bersama, maka mereka itulah ahli kumpulan untuk course ni sampailah minggu akhir. Macam aku cakap tadi, untuk course ini sahaja. Masuk lecturer course lain. Kau nak ahli kumpulan dengan orang lain pun takpe.


Kalau kau tak faham apa yang aku cerita kat atas tu, jangan gelabah sangat, nanti korang belajar la. Korang juga akan terdedah dengan Kawasan lapangan yang punyai sinar mentari untuk buat ukuran. Diberikan alat seperti tripod, theodolite, levelling rod, dan macam-macam lagi. Tak ingat sangat aku nak cerita semua.


Aku pernah dengar jugak rungutan kawan perempuan aku Izana, dia kecewa dapat team ntah apa-apa kerja main copy paste. Pastu susah nak ajak jumpa walhal bukan nya sertai badan Kepimpinan Pelajar pun. Aku sekadar mendengar, memang tak dapat bantu kalau ahli team buat hal.


Aku kalau tak sempat bincang, malam tu aku pegi bilik ahli kumpulan aku, biarlah aku mengalah pergi bilik diorang. Asalkan dapat hadap muka masing-masing. Lagipun kumpulan aku time tu semua lelaki. So, mudah kumpul kat dorm je. 

 
b) Pest Management (AGR 244)


Ini yang aku paling suka haa. Sebab apa tau bila pertanian ni tak sah dengan kawalan mahkluk perosak serta rumpai. Korang akan belajar life cycle pasal serangga tertentu mula dari telur, nimfa, ke dewasa. Pernah tahu kitar hidup lipas? Haha dalam ni ada tahu. Korang juga perlu hafal nama saintifik serangga serta rumpai yang biasanya wujud di Kawasan pertanian. 

 
Racun kimia ni telah dirumus khas mengikut kawalan yang diinginkan. Ada yang jenis sistemik, sentuhan.

Lecturer aku (Sir Saiful Akhbar) pernah tanya dalam dewan; “kamu semua tahu apa tu AI?” 

Ada suara halus aku dengar dalam dewan sebut “Itu bukan Artificial Intelligent ke?”

“Ouh, jadi AI robot letak dalam racun ke?” soal sir, reaksi memerli.  

Suasana dewan terus sepi kerana takut dan malu.


AI dalam racun ni adalah Active Ingredient. Dekat dalam pasaran ni macam-macam brand jenama racun dihasilkan. Jadi sebelum beli kita kena la tengok AI tadi, contoh yang selalu dengar glyphosate-ammonium(rumpai), mancozeb(fungi).


Kelas racun yang bermula 1a,1b, II, III dan IV dapat dilihat pada label botol, serta warna setiap kelas perlu ingat. Pernah masuk test dan exam.



c) Legal, Ethical, and Social Issue in Plantation.
Kau masuk sini program plantation management. So, ini macam pengetahuan yang diperlukan sebagai seorang pengurus. Hak majikan, hak perkerja terhadap syarikat. Soal cuti, kalau isteri bersalin berapa lama suami dapat cuti.


Soal bayaran gaji. Public holiday. Flexi time, full time hour apa tu, potongan gaji untuk EPF. Kenapa SOCSO perlu kepada pekerja. Dan hal-hal tadbir serta isu terkini perladangan. Macam RSPO. Kearah kelestarian ekosistem perladangan tanpa jejaskan hidupan asal.



d) Plantation Crop II (AGR 272)
Korang belajar pasal tanaman yang tetap penting dalam Malaysia selain dari sawit dan getah. Antaranya ialah; padi, lada hitam, koko, nenas.

Ini kerana factor iklim dan keadaan tanah yang turut sesuai dengan keperluan tanaman tersebut. Disamping permintaan nya yang tinggi. Korang makan nasi tak? haha



e) Human Resource (MGT 340)
kitorang panggil HR je, aku cakap awal bukan nak bagi korang cuak. Course HR ni memang banyak hafal. Masa awal dulu semua macam relaks datang kelas balik kelas. Tapi bila hadap test ya-Allah. Panjang giler nak kena jawab. Soalan ringkas. Tapi markah banyak. Kau goreng buta tuli, jadi  hancur lebur saja dengan habis dakwat pen.

Banyak juga kawan yang aku rapat sangkut juga, perlu repeat paper HR ni. Sebab assignment tak banyak. So kau memang banyak kena fight untuk final. Memang sakit.



f) Statistic (STA104)
 Eh, kitorang bukan pelajar sains matematik ok. Ni best. Aku harap korang fokus betul-betul dalam kelas ni. Banyak latihan perlu buat agar kau mahir. Kitorang ada project yang perlu buat questionnaire (macam google form survey tu) pergi tanya kat orang, ambik responden. Then buat analysis graf frequency, cari probability.


Aku sampai pergi minta bantuan kawan aku dari fakulti sains komputer semata-mata nak bantu part yang aku lemah. Ouh ya, graf ke polygon frequency tu kau kena buat guna komputer, hadap la ms word and ms excel. Kena pergi jumpa lecturer untuk tunjuk setiap progress yang dah jalan. Jangan pergi jumpa kalau kau setakat nak bawa “telur”, percayalah takde siapa yang nak. Hahah. Tunjuklah kesungguhan kau nak menuntut dik.


Alhamdulillah, lecturer aku untuk STA 104, seorang yang peramah, muda dan cantik lagi, kalau tak silap dia orang utara, aku expect umur dalam awal 30an camtu. Buatkan aku kecewa kalau aku tak buat kerja yang dia suruh. No, no. Jangan buat lecturer cop wajah korang jenis tak siap kerja. That will give bad impression susah nanti. Redha ilmu pensyarah penting.


Masuk semester 4, korang dah takde aktiviti kokurikulum, tapi jangan ingat masa kau free banyak. Kemungkinan kelas petang akan ada nanti. Sampai pukul 6.30 petang pun ada. Tak sempat nak sukan untuk hari tu. (Ceh, macam la suka turun riadah tiap hari.haha, bajet siot)


Yang paling sadis kelas lepas solat Jumaat hehe. 


Ouh ya, project untuk pelajar semester 4 ialah tanaman Jagung manis. Ia mengisi markah untuk Plantation Crop II. Pelajar akan mengusahakan ladang kongsi bermula dari semaian hinggalah ke penuaian hasil. Jawatan organisasi untuk projek akan diwujudkan untuk melancarkan pentadbiran. 
 
Pengarah projek jagung kitorang: Big Zaim "peace" 

Yang tertinggi akan digelar Pengarah Projek, biasanya mereka yang sudah banyak pengikut dan miliki perwatakan mudah bergaul dengan ramai orang serta miliki sikap yang disenangi ramai pihak termasuk lecturer. Baru mudah kau nak pimpin pelajar marhaen.

Yeah tinggal satu semester lagi Adam. Tak sabar nak tamat diploma.

Bersambung…

Adam













Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)

Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama