Review menggunakan iPhone, apa best sangat ?






Assalamualaikum kalian, baiklah kali ni aku nak bagi review sikit pasal penggunaan iPhone ni (khusus untuk iPhone Xr).


Aku beli dalam bulan Januari tahun ni, sekarang dah masuk bulan April, lebih kurang 4 bulan aku bersama dia. Aku juga nak cakap yang aku ni pengguna android tegar sebelum ni. Tak pernah fikir nak guna iphone ni. Tapi, orang cakap kadang-kadang tu, kita teringin nak tukar angin betul tak?


Segala review kat Youtube, blog macam-macam aku selidik baca, ye la. Mahal kot beribu nak beli. Aku bahagikan kepada perkara yang aku suka dengan tak suka tentang Xr ni, senang kalian tengok.

‘Baik aku puji,’
‘Buruk aku keji’





Kita mula tak suka dulu lah, haha:

1.Masa awal beli kalian akan dapat charger 5Watt:

 Aku memang tak recommend charger tu, sebab lembap sangat. Mereput la tunggu penuh. Time ni, aku dah bajet awal beli fast charger 18 Watt, pastu beli cable baru yang panjang sikit. Alhamdulillah cepat penuh. (iphone Xr support fast charging ok)

2. Takde earphone jack:

Well isu ni dah ada start dari iphone 7 lagi rasanya. Nak masalah ni, aku beli TWS i12 kat shopee. Cukuplah nak pakai dalam 1 jam cemtu, kalau ada rezeki lebih aku beli Airpod, pasni hehe.

3. Bezel skrin yang tebal:
Aku pakai Xiaomi Mi A2 Lite sebelum ni, bingkai skrin dia takde la tebal sangat, macam iphone ni.







4. Satu kamera belakang:
Kalian bayar harga beribu, tapi dapat 1 kamera belakang saja?

5. Rekaan takuk yang kadang menganggu pengalaman menonton.
Ni jadi masa aku buka Youtube la, bila kalian ubah ke mode landscape kena pinch zoom untuk kecilkan ratio video tu, kalau full screen, akan Nampak takuk tu. Macam buka game, insta, fb takde masalah, sebab mostly dah compatible dengan iphone.





6. Resolusi skrin yang so-so.
Berat untuk aku akui, Xiaomi aku skrin dia lagi cantik dan tajam bila aku tengok. Skrin iphone ni susah nak tengok bawah matahari even kalian dah tetapkan ke brightness tertinggi.




Jom tengok apa yang aku suka pasal Xr ni:


1. Rasa premium:
Well, ini adalah smartphone flagship pertama aku, bila pegang dia masa shopping ke atau tengah berjalan aura premium tu ada. Panel belakang dia diperbuat daripada kaca.




2. Stereo speaker:
Masa aku buka youtube dengar lagu memang sedap. Kira kalau kalian letak secara mendatar dekat dengan dagu, sedap dengar, macam aku pakai earphone pula. Penghasilan bunyi pada speaker atas dan bawah dibahagikan dengan sangat baik dan sekata.


3. Kamera lawa:
Walaupun satu kamera belakang, takde night mode, ultra wide angle, tapi masa ambil gambar tetap cantik. Kamera selfie pun cantik. Ingatlah, bukan megapixel sahaja yang menentukan cantik tidak hasil gambar. Masa aku pegi kem untuk persatuan, phone aku tetap menjadi rebutan jugak. (Jangan kecam daku, haaha)
Untuk Xr, gambar dia tak mengecewakan, sesuai dengan namana iphone. Wakaka.


4. Smooth OS:
iOS iphone aku puji, memang lancar, nak pindah ke satu apps ke apps lain tu ringan je. Aku dah mula adapt dan selesa dengan iOS ni, masa awal guna dulu rasa pelik sikit sebab takde back button <, eh camna nak back ni.



5. Main game:
Xr ni dengan cipset A12, memang boleh galas tugas ni, aku takleh review pasal PubG sebab tak main. Kalau ML, ya aku puji main kat sini, nak login masuk game pun cepat. Kalau setakat 2-3 kali lawan tu, tak panas sangat la. Suhu naik tu ada, tipu la kalau takde langsung.



6. Rekaan panel hadapan yang sekali pandang macam iphone 11.
Ya, nak banding dengan iphone generasi sebelum ni, semua ada home button yg bulat tu. Bermula generasi X semua dah full screen. Dan perasan tak lepas iphone start rekaan notch tu, berpusu-pusu company lain tiru design iphone (notch) ni. Walaupun sekarang kita tahu ada smartphone yang takde notch langsung, semua full screen. Tapi pencetus dia adalah iphone.




7. Face ID:
Aku suka dengan fungsi Face ID ni, macam phone aku sebelum ni, jenis yang fingerprint. Jari aku ni kadang-kadang berpeluh, so memang leceh.
Jap, kalau dalam gelap boleh guna tak Face ID?
Mestilah boleh, dia guna infrared juga untuk scan wajah kalian tu. Face ID juga boleh guna untuk lock kalian punya apps yang privasi. Contohnya macam Whatsapp (aku lock ws, taknak orang lain buka chat aku).

Bila ada notification masuk, aku tunjuk muka, terus boleh tengok apa yang noti tulis, tak payah pegang phone bagai.




8. Upload video cantik di Insta:
Ya, yang ni memang tidak dapat dinafikan, insta stories dangan video kalian upload guna iphone tak pecah, cantik smooth ja. Aku puji sebab aku penah upload video aku lakar kartun.





9. Bateri Tahan Lama:
Kalau ikutkan, iphone ni dulu memang orang cakap masalah bateri cepat kong, tak dapat pisah dengan powerbank. Untuk Xr ni aku puji, walaupun kapasiti bateri nya dalam 2942mAH sahaja, ianya cukup untuk penggunaan aku seharian, sebelum perlu di cas semula pada waktu malam.


Sukar untuk aku percaya, sebab dengan kapasiti sekecil itu, mampu bertahan dengan baik, walhal sebelum ni Xiaomi aku kapasiti baterinya adalah 4000mAH dan tetap perlu cas pada malam nya.


Oleh sebab itu, janganlah kita menyangka kapasiti bateri ni penentu tahan lama atau tidak untuk sesebuah smartphone. Kerana iphone telah buktikan.
Integrasi antara software, hardware dan operating system yang menyelaras tugas dalam sesebuah peranti juga sangat penting dalam memastikan prestasi yang baik.



______________

Alhamdulillah, habis review aku. Aku harap dapat bantu kalian dalam memilih, kerana jika nak kata Xr ni terbaik. Dah tentu tidak, sebab ada je phone Android yang tawarkan ciri-ciri yang lebih baik pada harga yang lebih mesra.

Cuma bagi aku, jika kalian adalah penguna Android tegar, dan ingin upgrade kepada iOS, nak rasa iphone camna, tak pentingkan ultra wide angle night mode bagai. Cukuplah  Xr ni bagi aku.
 Jika diberi pilihan adakah aku mahu tukar ke smartphone lain.


Jawapan nya, YA. Kepada iphone masa depan. Untuk upgrade ke iphone 11, itu tak berbaloi. Lagi pun aku memang niat asal beli Xr ni untuk pakai lama, mungkin 5 tahun lagi. Sampai aku habis study, insya-Allah.



Comments

Popular posts from this blog

Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)

Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama