Ahmad yang biasa juga berjaya!
Ahmad
orang biasa, masa kecil dia tak kejar bakat, masuk sekolah rendah dia takde
buat apps, buat antivirus ke, kadang-kadang tu sekolah pun tak
datang. Masuk sekolah menengah, dia takde dapat pingat kebesaran, tamat sekolah
pun macam biasa.
Masuk
alam pekerjaan. Dia takde start up projek, letak kopi Starbuck atas meja, buat
vlog cerita impian nak travel seluruh dunia.
Takde.
Dia kerja jadi cikgu sekolah kebangsaan. Balik kerja pukul 2 petang habis sekolah, dia beli buah tembikai. Katanya sedap dimakan sejuk.
Sampai
satu tahap dia rasa nak kahwin, dia cerita kat kawan dia. Kawan dia kata, “kau
ingat senang ke nak kahwin?”
“Banyak
persediaan nak kena buat, mesti ada rumah, perancangan honeymoon di
pantai atas pelayaran cruise.”
Ahmad
hanya dengar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kemudian Ahmad, kahwin
macam biasa, kenduri buat majlis makan, takde mewah-mewah kek
bertingkat-tingkat.
Dapat
baby dukung macam biasa, takde buat video perkenal baby kat Insta kata
baru lahir bagai.
Anak tu pun lama-lama dah besar dan boleh bercakap. Ahmad
takde buat live Insta view juta-juta. Sebab pada pendapat Ahmad,
kita dah tahu bila anak-anak sampai satu tahap umur tertentu dia boleh belajar
bercakap.
Untuk
gembirakan isteri, Ahmad akan bawa pergi jalan-jalan, bersiar-siar sambil minum
air ikat tepi. Kalau ada cuti panjang baru pergi ke luar negeri.
Isteri dia tak
minat cara orang bagi hadiah iphone kat isteri. Buat surprise rakam
video isteri buka kotak hadiah cakap “Oh my god. Apa ni
bang?”
"Kejayaan"
bagi Ahmad simple je.
“Hidup
paling simple adalah kejayaan paling besar bagi Ahmad”.
1.
Ada kerja
2.
Ada makan minum setiap hari
3.
Balik rumah, tengok family seronok, macam seluruh dunia dah ada.
4.
Ada rumah, kereta, simpanan pendapatan.
Bila
mengingati Allah Ta’ala. Dia bertasbih atau pergi dengar kuliah di masjid.
Dia
nak belajar sesuatu, dia hadir kelas pembangunan diri, tidakpun beli buku baca.
Baca buku, bukan ambik gambar susunan buku, pastu buat tweet buku, post
kat Insta background minum kopi, sambil letak pen highlighter tak
tutup.
Tak.
Ahmad
baca macam biasa.
Kita
nak puji Ahmad, bukan sebab nama dia Ahmad. Kita nak puji manusia yang
biasa-biasa yang sebenarnya tak biasa.
Orang
biasa yang berjaya hidup, kena juga hargai mereka. Mereka yang tak fokus untuk
sentiasa berbeza jadi famous, tapi orang tak tahu apa nilai yang
membezakan kita. Mungkin korang kata yang aku nak ajak supaya tak payah
bersungguh-sungguh usaha.
Tak
Bukan.
Definisi
kejayaan lagi besar dan luas dari influencer yang kita nampak di social
media. Kejayaan dalam social mungkin kita ziarah orang atau orang ziarah
kita, dalam agama bantu alih batu tepi jalan pun dapat pahala, business
dapat makan setiap hari. Tak semestinya kejayaan kena tunjuk depan kamera semua
orang kena tengok dan tahu.
Ya,
mungkin ada kejayaan kena tunjuk depan kamera. Tapi, bukan semua manusia kena
tunjuk depan kamera. Faham tak?
Video
ni bukan nak kata vlog, selebriti ni jahat, tak bagus, bukan. Boleh jadi
memang bakat dia buat vlog, dan sesuai dengan hidup peribadi dia.
Yang
tak betul, semua orang rasa kena guna cara yang sama sahaja dalam hidup dia,
ataupun dilabel gagal.
TAK,
TAK, TAK dan TIDAK.
Ringkasnya
video tu nak cakap korang ni bagus dengan cara sendiri dan pujilah diri sikit.
Tahniah semua manusia berjaya, dan semua orang biasa itu juga orang berjaya.
Bye..bye.











Ada dua benda saya dpt kutip drpd penulisan ni:
ReplyDelete1. Makin ramai dari kita yg rasa qanaah makin terhakis.
2. Makin ramai manusia yg suka pada kemasyhuran, smpai semua benda nk kongsi dgn org lain.
Haih. Macam2 manusia zaman ni.
terima kasih Hanis, sudi comment kat sini hehe
Delete