Ahmad yang biasa juga berjaya!





 Ahmad orang biasa, masa kecil dia tak kejar bakat, masuk sekolah rendah dia takde buat apps, buat antivirus ke, kadang-kadang tu sekolah pun tak datang. Masuk sekolah menengah, dia takde dapat pingat kebesaran, tamat sekolah pun macam biasa.



Masuk alam pekerjaan. Dia takde start up projek, letak kopi Starbuck atas meja, buat vlog cerita impian nak travel seluruh dunia.


Takde.





Dia kerja jadi cikgu sekolah kebangsaan. Balik kerja pukul 2 petang habis sekolah, dia beli buah tembikai. Katanya sedap dimakan sejuk.



Sampai satu tahap dia rasa nak kahwin, dia cerita kat kawan dia. Kawan dia kata, “kau ingat senang ke nak kahwin?”
“Banyak persediaan nak kena buat, mesti ada rumah, perancangan honeymoon di pantai atas pelayaran cruise.”


Ahmad hanya dengar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kemudian Ahmad, kahwin macam biasa, kenduri buat majlis makan, takde mewah-mewah kek bertingkat-tingkat.




Dapat baby dukung macam biasa, takde buat video perkenal baby kat Insta kata baru lahir bagai. 





Anak tu pun lama-lama dah besar dan boleh bercakap. Ahmad takde buat live Insta view juta-juta. Sebab pada pendapat Ahmad, kita dah tahu bila anak-anak sampai satu tahap umur tertentu dia boleh belajar bercakap.






Untuk gembirakan isteri, Ahmad akan bawa pergi jalan-jalan, bersiar-siar sambil minum air ikat tepi. Kalau ada cuti panjang baru pergi ke luar negeri. 





Isteri dia tak minat cara orang bagi hadiah iphone kat isteri. Buat surprise rakam video isteri buka kotak hadiah cakap “Oh my god. Apa ni bang?”


"Kejayaan" bagi Ahmad simple je.


“Hidup paling simple adalah kejayaan paling besar bagi Ahmad”.

1. Ada kerja
2. Ada makan minum setiap hari
3. Balik rumah, tengok family seronok, macam seluruh dunia dah ada.
4. Ada rumah, kereta, simpanan pendapatan.


Bila mengingati Allah Ta’ala. Dia bertasbih atau pergi dengar kuliah di masjid.





Dia nak belajar sesuatu, dia hadir kelas pembangunan diri, tidakpun beli buku baca. Baca buku, bukan ambik gambar susunan buku, pastu buat tweet buku, post kat Insta background minum kopi, sambil letak pen highlighter tak tutup.


Tak.


Ahmad baca macam biasa.


Kita nak puji Ahmad, bukan sebab nama dia Ahmad. Kita nak puji manusia yang biasa-biasa yang sebenarnya tak biasa.




Orang biasa yang berjaya hidup, kena juga hargai mereka. Mereka yang tak fokus untuk sentiasa berbeza jadi famous, tapi orang tak tahu apa nilai yang membezakan kita. Mungkin korang kata yang aku nak ajak supaya tak payah bersungguh-sungguh usaha.


Tak


Bukan.





Definisi kejayaan lagi besar dan luas dari influencer yang kita nampak di social media. Kejayaan dalam social mungkin kita ziarah orang atau orang ziarah kita, dalam agama bantu alih batu tepi jalan pun dapat pahala, business dapat makan setiap hari. Tak semestinya kejayaan kena tunjuk depan kamera semua orang kena tengok dan tahu.






 Ya, mungkin ada kejayaan kena tunjuk depan kamera. Tapi, bukan semua manusia kena tunjuk depan kamera. Faham tak?


Video ni bukan nak kata vlog, selebriti ni jahat, tak bagus, bukan. Boleh jadi memang bakat dia buat vlog, dan sesuai dengan hidup peribadi dia.


Yang tak betul, semua orang rasa kena guna cara yang sama sahaja dalam hidup dia, ataupun dilabel gagal.


TAK, TAK, TAK dan TIDAK.


Ringkasnya video tu nak cakap korang ni bagus dengan cara sendiri dan pujilah diri sikit. Tahniah semua manusia berjaya, dan semua orang biasa itu juga orang berjaya.


Bye..bye.




Comments

  1. Ada dua benda saya dpt kutip drpd penulisan ni:

    1. Makin ramai dari kita yg rasa qanaah makin terhakis.

    2. Makin ramai manusia yg suka pada kemasyhuran, smpai semua benda nk kongsi dgn org lain.

    Haih. Macam2 manusia zaman ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Hanis, sudi comment kat sini hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Buku EMPAYAR 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis

Review Anime Haikyuu Season 1 (Malaysia)

Review buku EMPAYAR: Hikayat Putera Tanpa Nama