Review buku Selamat Tinggal Purnama (Strain I & II)
Ada selebriti terkenal yang mempunyai persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri. .
.
Namun aku tidak membuat konklusi. Aku cuba lihat mental illness dari sudut berbeza; bukan semata-mata depresi.
.
Buku: Selamat Tinggal Purnama (I & II)
.
.
⚠️|| Tiada spoiler. .
Bagi aku, buku kali ni membawa kita menyelami perasaan artis terkenal. Bermula dari bawah sehingga dijulang-julang oleh selautan manusia.
.
.
Namun mengapa akhirnya kesengsaraan yang perlu ditanggung oleh insan yang telah berjasa menghiburkan manusia.
.
.
Bagaimana mungkin selebriti ini ditindas? Bukankah mereka ini disayangi ramai orang.
.
Takkanlah tiada langsung orang yang boleh dipercayai? Sahabat mana? Mana timbul musuh, sedangkan dah jadi baik terhadap semua orang.
.
Kalian akan dibawa ke masa depan dalam era baru, meninggalkan tahun 2020.
Menjadi lebih menarik dengan kecanggihan teknologi zaman tersebut.
.
.
Pengakhiran watak utama ini agak berbeza. Tidak seperti artis yang kita tahu telah tewas melawan dunia.
.
Kata-kata puitis dan pujangga sedap menjadi tatapan sanubari aku. .
.
![]() |
| Dapat kotak untuk pembeli 7000 naskah terawal. |
Teme tidak pernah mengecewakan . I suka karangan beliau. 🥰


Comments
Post a Comment