Review Pengalaman menggunakan Galaxy S21 |Import Set| Snapdragon 888
Pengalaman menggunakan Galaxy S21 5G SD 888.
Saya berpeluang mengunakan Galaxy S21 selama sebulan. Saya mengaku spec dia memang mengatasi phone lama saya iaitu iPhone Xr. Screen dynamic amoled, refresh rate 120hz. Punch hole front camera.
(ini adalah bebenang)
Setup 3 biji kamera belakang(ultra wide, wide dan telephoto) . Kualiti gambar dan video memang lawa sesuai standard dia sebagai flagship Samsung. . Utk gaming macam Genshin Impact boleh dimainkan dengan setting overclock, cuma isu panas tidak dapat dielakkan
Bermain Mobile Legends pula, tiada masalah, rasa suam2 gitu. Ya, jika sebut refresh rate 120hz tu, memang feeling scrolling media social terasa laju dan lancar(sampai tak sempat tengok apa yg lalu)
Utk battery 4000 mAh tu, pada saya ia biasa-biasa shj. Nak kata tahan lama pun tidak atau teruk sangat pun tidak. SOT sya dapat sebagai seorang pelajar sekitar 7 jam begitu, dan saya rasa lebih kurang dgn iP Xr saya. . Mungkin sbb refresh rate 120hz ni cepat drain battery.
.
Kiranya kalau you guys memang boleh kluar dri IOS dan sudi adapt dgn One Ui Samsung. Memang saya salute.
.
_____________________________________________________________________
Namun akhirnya, sya kembali menggunakan iPhone Xr,
Galaxy S21 sya telah jual.
.
Kenapa?
Ini hanya pendapat peribadi sahaja, User experience yg agak berbeza dari IOS buatkan sya akan kembali teringatkan peranti lama(iP Xr). . Ditambah pula sya memiliki ipad, agak sukar utk transfer data. Berbanding antara peranti IOS yg ada fungsi Airdrop.
Sya beli S21 dulu sebab terpikat dengan kamera dan screen Dynamic OLED.
Namun bila dlm situasi covid ni. Saya lansung tidak mengambil gambar waktu malam, atau menonton movie di S21.
Video super steady mode tidak saya gunakan kerana bukan pernah buat recording outdoor.
Selepas 1 bulan guna. Sya sedar peranti yang ada pada tangan saya sebelum ni pun sudah cukup memadai.
.
Sya jual s21 dan rugi RM 1K. Sebab faktor penurunan harga.
.
Apakan daya, perkara dh berlaku. Ini pengajaran utk sya
_____________________________________________________________
Kalau betul2 ada azam nak tinggalkan ios, sya memang syorkan samsung.
.
Kamera, skrin lawa, chipset power, .
.
Byk lagi features & spec S21 ni hebat.
Kalah ip Xr ni.
Kalau kita dh lama guna ios, rasa lain macam sikit bila guna android. . Sebulan guna samsung, sya terfikir betul ke keputusan ni. . Sya rasa tak tenang, nak guna iphone balik.
Ya, sya masih kekal lagi dgn Xr, utk 2-3 tahun lagi, harap dia dpt fungsi dgn baik.
.
Takde bajet dh nak tukar
Sya bercadang untuk membeli apple watch dan juga AirTag.





Comments
Post a Comment