Pengalaman Diploma Pengurusan Ladang (DPIM) UiTM Part 1
Bismillah..pemula
bicara, nama aku Adam. Baiklah macam aku janjikan dulu aku akan
ceritakan pengalaman aku selama 2 tahun setengah dalam pengajian DPIM ni.
Buat
pengetahan korang, Fakulti Perladangan dan Agroteknologi ni ada di tiga kampus;
iaitu di (Jasin)Melaka, (Jengka) Pahang dan (Arau)Perlis.
Aku
akan ceritakan apa yang aku lalui sepanjang 5 semester aku bergelar penuntut.
Aku cuba recall balik memori aku ni. Harap berguna kepada korang insya-Allah.
Doakan aku supaya diberikan kekuatan untuk menempuh alam kehidupan yang lebih
mencabar.
Semester
1.
Ini
semester yang paling best aku rasa, sebab mudah, subjek ringan, kau ada banyak
masa yang free hehe.
Antara
subjek atau disini dipanggil course adalah :
a)
Plant Science:
Ni
korang kena belajar bio, biologi tumbuhan. Belajar dark reaction, fisiologi
morfologi. Macam mana tumbuhan tukar air kepada oksigen dan hydrogen. Korang
juga akan ada sesi Lab. Merasa la pakai labcoat haha. Pakai microskop tengok
sel membrane cari xylem phloem tu. Bila sebut lab kena buat lab report secara
berkumpulan. Lab nanti akan ada ujian jugak, cara nak guna microskop dan cari
imej yang betul.
b)
Principle of Agriculture:
Ini
bagi korang yang pernah belajar sains pertanian di sekolah, memang rasa kacang.
Beza cuma dalam English je. Belajar factor pengaruhi tumbesaran tumbuhan,
kawalan rumpai. Jenis sokongan untuk pokok menjalar. Mengenal label botol
racun. Mekanisasi pertanian ada premier dan sekunder. Mekanisasi ni macam
tractor, mesin tebas rumput serta alat alat membajak. Kawalan hakisan tanah.
Sungkupan tanah dan sebagainya.
c)
Fundamental of Islam
Macam
Pendidikan islam, then kenal hafal 20 ayat surah yasin.
d)
ELC (Intergrated Language)
Ni
belajar English. Ada ujian mendengar berkomputer.
e)
Fieldwork I
Jadi
budak ladang tak sah la kalau korang tak turun ladang.Pada setiap hari Khamis
pukul 7 pagi kena ada kat ladang untuk sesi Roll Call. Masa ni persatuan
Planter’s Guild akan adakan aktiviti. Macam sesi perkongsian akademik, public
speaking, senaman pagi, sesi pekenalan diri.
Then
pukul 8 lecturer sampai, untuk ambil alih pelajar. Aku sebagai pelajar sem 1, kitorang kena buat
projek tanaman sayur macam kangkong, bayam, bendi, dan kacang panjang. Setiap
orang akan dapat batas tanaman sendiri untuk dijaga dan dinilai oleh lecturer.
Boleh
dikatakan setiap petang kitorang akan turun untuk melakukan kerja penjagaan
tanaman. Part 1 ni memang letih sebab korang berjalan kaki kebanyakan nya.
Ladang jauh.
Nasihat
aku untuk persediaan masuk budak ladang, kau beli siap-siap kasut boot tu.
Senang kau nak pakai kat sana. Etika pakaian masa pagi roll call tu, baju kena
tuck in. Nak pesan satu benda penting ni, jangan pakai kad matrik untuk sesi ladang, diulang
jangan pakai kad matrik!!.
Aku
pun pelik kadang-kadang dengan budak baru ni, pegi masjid bawa kad matrik, pegi
café pakai kad matrik, pegi toilet bawa kat matrik. Pastu pasang lanyard
(merujuk kepada tali yang digunakan untuk gantung kad di leher) yang ntah
apa-apa. Lagi teruk ada yang letak segala mak nenek kunci kat lanyard
tu, ingat apa? Nak buat rantai? Ingat pesan aku, jangan jadi “bedebah” sangat.
Kitorang tak suka.
f)
National Kesatria
kawad
kaki semua pelajar part 1 masuk KN. Sem 2 dah boleh tukar yang lain macam sukan
ke, institusi masjid. Kalau sem 1 masuk bomba, kembara, apm. Korang kena stay
sampai sem 3.
g)
Business Math
Yeay
belajar mathematic, aku suka sebab lebih kurang macam form 5 camtu, Cuma in
English je. Lecturer aku best peramah mengajar. Layan macam anak anak je. Jenis
sikap keibuan ni sejuk rasa.
…
Alhamdulillah
untuk sem 1 aku dapat anugerah dekan. Nasihat aku untuk bakal pelajar tak kisah
fakulti mana. Masa part 1 ni korang usahakan dapat dekan tolong sangat-sangat.
Sebab ni la sem paling ringan dan mudah kau nak pickup. Nanti kau akan faham
kenapa aku tekankan sangat pasal pointer sem 1 kena gempak.
Bersambung…..
Adam
Nak tanya pusat latihan kita boleh pilih samada melaka, perlis or pahang?
ReplyDeleteKampus dipilih mengikut alamat tempat tinggal pelajar, kalau kita berada di selatan tanah air, agak tipis peluang ke perlis. biasanya dapat kampus yg terdekat.
ReplyDelete